Sunday, October 10, 2010

Sikap Pemandu Malaysia

Assalamualaikum dan salam ukhuwah...

Alhamdulillah malam tadi saya sekeluarga selamat sampai ke kampung halaman setelah menghadiri majlis konvokesyen saya di UPM. Kami tiba agak lewat kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas di lebuh raya PLUS akibat satu kemalangan yang amat tragis. Berita lanjut di utusan malaysia online.

Saya ingin mengulas sikap pemandu kenderaan di Malaysia lebih-lebih lagi dalam kejadian seperti ini. Majoriti ingin cepat sampai ke destinasi tanpa memikirkan nasib mereka-mereka yang terlibat dalam kemalangan. Laluan motorsikal sepatutnya hanya digunakan olej penunggang motorsikal SAHAJA. Ia juga sebagai laluan kecemasan sekiranya berlaku kejadian seperti ini.

Ambulans, bomba, lori tarik dan polis perlu sampai segera ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa dan meredakan kesesakan lalu lintas. Permasalahannya bila kenderaan lain memenuhi laluan motorsikal atas sikap pentingkan diri sendiri menyebabkan usaha menyelamat dan lain-lain terbantut. Maka kesannya ramai yang tidak sempat diselamatkan dan pada masa yang sama menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berjam-jam.

Saya menyeru semua pengguna jalan raya membuang sikap pentingkan diri sendiri bagi mengelakkan situasi ini terus berulang.

Friday, October 1, 2010

Gagahkah Aku???


Assalamualaikum warahmatullah dan salam ukhuwah.

Khutbah di masjid kampong saya pada hari ini amat menarik perhatian saya di mana khatib menyatakan bahawa orang yang gagah berani itu bukanlah diukur dari fizikalnya yakni saiz badannya atau kekuatannya sebaliknya kemampuannya untuk bersabar dalam situasi-situasi yang membangkitkan kemarahan. Khatib juga menambah, setiap musibah yang menimpa diri kita adalah kifarah atau penebus dosa yang dikurniakan oleh Allah. Jika kita tidak mampu bersabar dalam situasi-situasi buruk yang menimpa kita dan melepaskan kemarahan tanpa berfikir bahawa ianya adalah ujian dari Allah, maka rugilah kita.

Saya suka mengetengahkan suatu surah dari kitab suci Al-Quran yang ada menceritakan tentang sifat sabar iaitu surah Al-Asr yang terjemahannya adalah seperti berikut:

“Demi masa…Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian…Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.” (Surah Al-Asr, Ayat 1-3)

Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang dirahmati dan diberkati...Amin..

Monday, September 27, 2010

2 Minggu Berlalu

Assalamualaikum warahmatullah...salam ukhuwah dan salam syawal.

2 minggu berlalu...rasa tak senang duduk pula tak ada entri untuk dikongsi...bukan apa...agak sibuk sedikit kerana menguruskan perkara2 yang berkenaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana atau master...Alhamdulillah, segala urusan telah pun selesai. InsyaAllah minggu ini akan saya masukkan entri berikutnya untuk tatapan sahabat2 yang mengikuti perkembangan blog ini...Sekian, wassalam...

Friday, September 10, 2010

Syawal Datang Lagi

Allah Maha Besar 3x
Tiada Tuhan Selain Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan Segala Puji BagiNya

Bergema takbir ini di pagi 1 Syawal membuatkan hati rasa sayu bagi segelintir manusia disebalik wajah yang ceria tanda kemenangan yang dicapai. Bagi golongan yang sedikit ini, mereka bermunajat kepada Allah agar diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia yang meninggalkan mereka buat yang sekelian kali yakni bulan Ramadhan. Moga kita tergolong dalam golongan ini. Amin.

Seperti mana yang kita tahu, bulan Ramadhan dilimpahi Allah keberkatan yang sangat banyak antaranya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka, dirantai akan syaitan, dilipatgandakan pahala, malam lailatulqadar dan lain - lain. Semua ini baru sahaja meninggalkan kita untuk tempoh satu tahun. Tanya pada diri, masihkah aku gagah untuk meraikannya pada waktu itu? masihkahku bernafas hingga waktu itu?

Di bulan Syawal ini, marilah kita merenung, bermuhasabah atau apa jua istilahnya agar kita tidak lalai dengan kehidupan yang fana ini. Di bulan Syawal ini juga, amalkanlah sunat berpuasa enam dimana fadhilatnya amat besar disisi Allah. InsyaAllah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua sahabat - sahabat semua. Ampun maaf dipinta atas salah silap yang zahir atau pun batin.

Thursday, September 2, 2010

Wahai Diri..Dengar dan Turutilah Kata2 Ku Ini.

Salam 10 Hari Terakhir Ramadhan dan Salam Ukhuwah...Entri kali ini saya kongsikan dengan rakan - rakan pelawat yang saya hargai. Entri kali ini berkenaan dengan IKRAR DIRI yang saya perolehi semasa mengikuti suatu kursus Team Building di Ayer Keroh, Melaka. Ikrar ini benar - benar menyentuh hati saya apabila acap kali membacanya. Diharap ia dapat menjadi renungan yang bermanfaat kepada kita semua. Amin. 


AKU BERNAMA..................................................................
DIBINKAN DENGAN NAMA BAPAKU
DIKAPANKAN DENGAN NAMA IBUKU
DIHIDUPKAN OLEH ALLAH TUHANKU

AKU BERJALAN DI BUMI TUHAN, MENCARI KEREDHAANNYA
AKU BERGERAK DENGAN KUDRATNYA
AKU BERNAFAS DENGAN IRADATNYA

MATAKU BUKAN MILIKKU
TELINGAKU BUKAN MILIKKU
HIDUNGKU BUKAN MILIKKU
TANGAN DAN KAKI INI BUKAN MILIKKU
JANTUNG DAN PARU-PARU INI JUGA BUKAN MILIKKU

DAN SEBENARNYA
TUBUHKU DAN SEGALANYA MILIK TUHANKU

TETAPI,
JIWA INI ADALAH AKU, DIRI INI ADALAH AKU, AKU ADALAH AKU

AKU YANG DIAMANAHKAN MENJAGA TUBUH DAN DIRI INI
AKU YANG DIPERINTAHKAN MEMELIHARA BUMI INI
AKU YANG DITUNTUT BERBUAT BAIK SESAMA MAKHLUKNYA

SEJARAH MENCATATKAN
MEREKA YANG GAGAL MEMELIHARA AMANAH TUHANNYA DAN MEROSAKKAN DIRINYA
NERAKALAH TEMPATNYA
SESUNGGUHNYA
MANAKAN AKU SANGGUP MENAHAN SIKSA NERAKAMU

AKU MESTI BERJAYA
AKU MESTI GAGAH
AKU MESTI KE SYURGA

AKU BERJANJI AKAN MENJAGA TUBUH INI
AKU BERJANJI AKAN MEMELIHARA DIRI INI
AKU BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKU AGAMAKU, MARUAHKU, HAKKU DAN BANGSAKU

AKULAH WIRA, AKULAH PAHLAWAN, AKULAH SATRIA NUSA DAN BANGSA

AKU BERJANJI KEPADA AKALKU
AKU BERJANJI KEPADA IMANKU
AKU BERJANJI KEPADA ANGGOTA TUBUH DIRIKU
DAN HAKIKATNYA
AKU BERJANJI KEPADA ALLAH TUHANKU
ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR

(WAHAI DIRI, MULAI SAAT INI AKU MENGHARAMKAN KAMU MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN DAN PERILAKU MEROSAKKAN YANG MEMBAWA KEPADA KEMURKAAN ALLAH)

Tuesday, August 24, 2010

Selangkah ke Kaherah (Cairo)...(=

Bertolak dari Segamat, Johor jam 1730 menaiki bas bersama jemaah lain. Perjalanan selama 4 jam ke KLIA tidaklah memenatkan sangat kerana sudah biasa pulang ke kampung dari KL ke Segamat. Tiba di KLIA jam 2130, terus ke aras 5 untuk urusan penyimpanan bagasi dan boarding pass. Semua urusan dari kaunter bagasi, kaunter imigrisen hingga balai pelepasan memakan masa hampir beberapa jam. Dapat sahaja boarding pass, rasa tak percaya yang saya akan ke Kaherah (Cairo). Ya Allah, aku bersyukur ke hadrat Mu atas kurniaan Engkau yang amat besar nilainya bagiku. (Ucap syukur saya ketika mula melangkah masuk ke pesawat).

Boarding Pass Ku

Ini LRT tau...tapi kat KLIA lah

Pesawat yang saya naiki adalah dari syarikat Egypt Air. Kami berlepas tepat jam 0125, awal 5 minit. (Biasanya pesawat Malaysia berlepas lewat sedikit dari masa ditetapkan). Walaubagaimanapun, bagi yang biasa naik kapal terbang MAS atau AirAsia, layanan pramugari kita sangat terbaik berbanding layanan pramugari pesawat Egypt Air. Tiada senyuman, agak kasar dan sudah tentu tak faham Bahasa Melayu (^_^). Perjalanan selama 10 jam benar2 memenatkan. Mana tidak, duduk dalam bilik kuliah atau kelas yang berhawa dingin selama 3 jam pun sudah cukup meletihkan.

Jgn men2 ngn saya...(kata pramugara tu..huhu)

Kami tiba di Kaherah jam 0600 (1100 waktu tempatan). Pemandangan Airport Kaherah dipenuhi padang pasir yang luas, sangat berbeza dengan Airport di Malaysia yang dipenuhi rumput hijau. Persekitarannya sangat berbeza. (Subhanallah, cetus hati saya). Setelah selesai semua urusan di Airport, kami bergegas ke bas untuk ke hotel. Situasi yang melucukan berlaku bila kami nak naik bas. Ramai jemaah yang pergi ke sebelah kiri bas untuk naik sedangkan pintunya di sebelah kanan.

Baca yg tulisan Arab k...
Tol Airport Cairo...tapi highway xde tol...terbalik plak ngn Malaysia...:)

Dalam perjalanan ke hotel, kami dapat lihat perbezaan yang ketara dengan negara kita dari segi jalanraya, rumah, ragam manusia, dll. Kebetulan, kami melewati sungai yang sangat terkenal ataupun sangat masyhur di serata dunia di mana sungai ini tidak pernah kering serta menjadi sumber air utama bagi hidupan di sekitarnya. (Subhanallah) Itulah Sungai Nil, sungai yang menjadi rebutan di sana pada hari ini. Kami tiba di hotel dan merehatkan diri kerana akan melawat ke tempat2 yang perlu dilawati atau diziarahi pada jam 0900.

Sape nak giant kaktus...?
Bak kata tour guide, "rumah cam stinggan, dlm kondo"...:D
Highway tanpa tol...terbaik!!!
Tgk Sungai Nil k...bukan org yg posing tu...:)
Sungai Nil dari dekat...Allahuakbar!!!
Sape nak tmph...mari2...
Selambe jek x tutup...kat Malaysia kne saman nie...:)

Nantikan sambungan kisah perjalanan saya yang bertambah menarik dan menakjubkan di Kaherah (“,). Antaranya 3 Piramaid firaun serta spinx, Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi serta Masjid Mohamed Ali, makam serta Masjid Imam Syafii , Masjid Saidina Hussein dan Masjid ‘Amru bin ‘Asr. InsyaAllah, Wassalam.

Sunday, August 22, 2010

Demam: Musibah/Peringatan

Assalamualaikum dan salam ukhuwah...ini entri kedua dan terakhir dari blog saya yang lama...Teruskan membaca...(=

Hari Ahad,21 Feb 2010. Pagi tu pergi beriadah dengan famili. Balik jam 9.30 pagi terus ngadap laptop. Tetiba badan rasa nak demam. Tengok famili semua dah selamat dah...(tido le maknanyer..^^). Buat kopi radix 2 sachet, nak bagi reda panas. Pastu terus join famili...(tido gak..Z_Z). Bila bangun jek nak solat zuhur, badan cam nak tumbang. Sah dah demam+panas. Petang kol 3.30 pm follow mak dan adik2 gi tangkap gamabar pasport. Masa menunggu nak amek gambar, kepala dah x tertahan sakit. Waktu ni la mula terpikir...

Kenapa aku demam? Apa sebab Allah datangkan penyakit ini di saat ini? Apa agaknya dosa yang dah aku lakukan tadi, semalam, kelmarin, atau sebelum ini?

Kemudian satu demi satu gambaran apa yang dilakukan sepanjang 2 minggu sebelum ini. Terlalu banyak perkara yang dilakukan hingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Masa rehat tidak dimanfaatkan. Masa tidur dikurangkan dengan diisi perkara yang tak berfaedah. Masa bersama dengan Maha Berkuasa juga semakin kecil...

Ternyata demam yang dirasai kali ini adalah satu lagi peringatan dariNya. InsyaAllah apa yang dirasai ini menjadi pengajaran yang berterusan pada diri. Moga jadi iktibar buat diri dan kengkawan lain...Amin