Tuesday, August 24, 2010

Selangkah ke Kaherah (Cairo)...(=

Bertolak dari Segamat, Johor jam 1730 menaiki bas bersama jemaah lain. Perjalanan selama 4 jam ke KLIA tidaklah memenatkan sangat kerana sudah biasa pulang ke kampung dari KL ke Segamat. Tiba di KLIA jam 2130, terus ke aras 5 untuk urusan penyimpanan bagasi dan boarding pass. Semua urusan dari kaunter bagasi, kaunter imigrisen hingga balai pelepasan memakan masa hampir beberapa jam. Dapat sahaja boarding pass, rasa tak percaya yang saya akan ke Kaherah (Cairo). Ya Allah, aku bersyukur ke hadrat Mu atas kurniaan Engkau yang amat besar nilainya bagiku. (Ucap syukur saya ketika mula melangkah masuk ke pesawat).

Boarding Pass Ku

Ini LRT tau...tapi kat KLIA lah

Pesawat yang saya naiki adalah dari syarikat Egypt Air. Kami berlepas tepat jam 0125, awal 5 minit. (Biasanya pesawat Malaysia berlepas lewat sedikit dari masa ditetapkan). Walaubagaimanapun, bagi yang biasa naik kapal terbang MAS atau AirAsia, layanan pramugari kita sangat terbaik berbanding layanan pramugari pesawat Egypt Air. Tiada senyuman, agak kasar dan sudah tentu tak faham Bahasa Melayu (^_^). Perjalanan selama 10 jam benar2 memenatkan. Mana tidak, duduk dalam bilik kuliah atau kelas yang berhawa dingin selama 3 jam pun sudah cukup meletihkan.

Jgn men2 ngn saya...(kata pramugara tu..huhu)

Kami tiba di Kaherah jam 0600 (1100 waktu tempatan). Pemandangan Airport Kaherah dipenuhi padang pasir yang luas, sangat berbeza dengan Airport di Malaysia yang dipenuhi rumput hijau. Persekitarannya sangat berbeza. (Subhanallah, cetus hati saya). Setelah selesai semua urusan di Airport, kami bergegas ke bas untuk ke hotel. Situasi yang melucukan berlaku bila kami nak naik bas. Ramai jemaah yang pergi ke sebelah kiri bas untuk naik sedangkan pintunya di sebelah kanan.

Baca yg tulisan Arab k...
Tol Airport Cairo...tapi highway xde tol...terbalik plak ngn Malaysia...:)

Dalam perjalanan ke hotel, kami dapat lihat perbezaan yang ketara dengan negara kita dari segi jalanraya, rumah, ragam manusia, dll. Kebetulan, kami melewati sungai yang sangat terkenal ataupun sangat masyhur di serata dunia di mana sungai ini tidak pernah kering serta menjadi sumber air utama bagi hidupan di sekitarnya. (Subhanallah) Itulah Sungai Nil, sungai yang menjadi rebutan di sana pada hari ini. Kami tiba di hotel dan merehatkan diri kerana akan melawat ke tempat2 yang perlu dilawati atau diziarahi pada jam 0900.

Sape nak giant kaktus...?
Bak kata tour guide, "rumah cam stinggan, dlm kondo"...:D
Highway tanpa tol...terbaik!!!
Tgk Sungai Nil k...bukan org yg posing tu...:)
Sungai Nil dari dekat...Allahuakbar!!!
Sape nak tmph...mari2...
Selambe jek x tutup...kat Malaysia kne saman nie...:)

Nantikan sambungan kisah perjalanan saya yang bertambah menarik dan menakjubkan di Kaherah (“,). Antaranya 3 Piramaid firaun serta spinx, Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi serta Masjid Mohamed Ali, makam serta Masjid Imam Syafii , Masjid Saidina Hussein dan Masjid ‘Amru bin ‘Asr. InsyaAllah, Wassalam.

2 comments:

KUEwithHope said...

Salam,
bru berpeluang bc entry nie..
smlm tk dpt nk jenguk2 sini..
kalau buleh msukkn byk lagi pic utk next punya entry ye..:):)

east said...

terima kasih NNMH kerana sudi lawat blog east. InsyaAllah entri akan datang akan penuh dengan suasana dan pemandangan yang mengasyikkan. :)