Alhamdulillah, diberi oleh Allah peluang yang tidak terhitung nilainya kepada saya apabila dapat menunaikan umrah dan ziarah bersama ibu dan ayah serta adik beradik pada 1 Jun 2010 hingga 14 Jun 2010 yang lalu. Di sini, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian pengalaman - pengalaman yang telah saya lalui sepanjang berada di sana. Destinasi kami untuk umrah dan ziarah ini adalah ke Kaherah (Cairo), Madinah Almunawwarah, Makkah Almukarramah dan Jeddah.
![]() |
Alhamdulillah, selesai umrah wajib. |
![]() |
Rasa sedih kerana selesai sudah tawaf wida'. |
Saya berpeluang menziarahi banyak tempat-tempat yang seharusnya dikunjungi apabila sampai ke sana. Antaranya Makam Imam Syafii, Madrasah/Universiti Al-Azhar, Sungai Nil, Kubu Salahuddin Al-Ayyubi dan Piramid di Kaherah; Masjid Nabawi, Makam Nabi Muhammad saw, Perkuburan Baqi', Masjid Quba', Masjid Qiblatain dan Jabal Uhud di Madinah; Masjidil Haram, Hudaibiah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan ladang unta di Makkah serta Masjid Terapung di Jeddah.
InsyaAllah, saya akan menceritakan pula pengalaman - pengalaman serta sentuhan perasaan yang saya alami sepanjang berada di sana mengikut tempat yang saya ziarahi pada entri yang berikutnya.