Thursday, August 19, 2010

Berbuka Sepertimana Berbukanya Nabi Kita

     Assalamualaikum dan salam ukhuwah.

    Sempena bulan yang mulia ini iaitu bulan ramadhan. Difardhukan ke atas umat nabi Muhammad saw agar berpuasa. Semestinya amalan berpuasa ini akan dituruti dengan berbuka. Bagaimanakah cara yang sepatutnya kita berbuka?

    Saya berkesempatan ke bazar ramadhan tempoh hari. Suasana sungguh meriah. Pelbagai juadah tersedia hingga rambang mata dibuatnya. Seringkali kita lihat ragam saudara - saudara kita yang "menapau" juadah - juadah berbuka dengan sakannya. Tidak dinafikan ada yang membeli untuk dikongsi beramai - ramai. Namun, ada juga yang membeli untuk diri sendiri. Maka apabila berbuka, lebih banyak kerugian dari keberkatan diperoleh oleh kerana juadah terbuang begitu sahaja.

    Menurut seorang ustaz di kampung saya di dalam tazkirahnya ada menceritakan bagaimana Rasulullah berbuka. Baginda hanya memakan beberapa biji tamar ataupun dikenali sebagai kurma dan segelas air. Itu sudah cukup membuatkan kita hilang rasa lapar dan dahaga dan mampu untuk mengerjakan ibadah pada malam harinya. Tambahnya lagi, kita disarankan berbuka dengan kadar segera yakni berbuka sebaik sahaja berkumandang azan maghrib dan pada masa yang sama haruslah kita segerakan solat maghrib. Ini kerana tempoh masa waktu maghrib adalah sangat singkat. Jika kita berlebih - lebihan makan semasa berbuka, dikhuatiri kita akan lewat solat maghrib atau solat di akhir waktu. Sesungguhnya amalan berlebih - lebihan ini harus dielakkan agar kita beroleh keberkatan ramadhan yang amat besar nilainya.

    InsyaAllah...Sekian.

1 comment:

denaihati said...

Terima kasih kerana menghantar email kepada saya cuma tak dapat nek reply kerana tiada email yg disertakan. Tiada salahnya nak berkongsi ILMu yg ada di denaihati.com cuma harap jangan lupa bagikan backlinks pada entri2 tersebut.