Friday, October 1, 2010

Gagahkah Aku???


Assalamualaikum warahmatullah dan salam ukhuwah.

Khutbah di masjid kampong saya pada hari ini amat menarik perhatian saya di mana khatib menyatakan bahawa orang yang gagah berani itu bukanlah diukur dari fizikalnya yakni saiz badannya atau kekuatannya sebaliknya kemampuannya untuk bersabar dalam situasi-situasi yang membangkitkan kemarahan. Khatib juga menambah, setiap musibah yang menimpa diri kita adalah kifarah atau penebus dosa yang dikurniakan oleh Allah. Jika kita tidak mampu bersabar dalam situasi-situasi buruk yang menimpa kita dan melepaskan kemarahan tanpa berfikir bahawa ianya adalah ujian dari Allah, maka rugilah kita.

Saya suka mengetengahkan suatu surah dari kitab suci Al-Quran yang ada menceritakan tentang sifat sabar iaitu surah Al-Asr yang terjemahannya adalah seperti berikut:

“Demi masa…Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian…Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.” (Surah Al-Asr, Ayat 1-3)

Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang dirahmati dan diberkati...Amin..

1 comment:

Anonymous said...

amin.thanks for the info.