Sunday, October 10, 2010

Sikap Pemandu Malaysia

Assalamualaikum dan salam ukhuwah...

Alhamdulillah malam tadi saya sekeluarga selamat sampai ke kampung halaman setelah menghadiri majlis konvokesyen saya di UPM. Kami tiba agak lewat kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas di lebuh raya PLUS akibat satu kemalangan yang amat tragis. Berita lanjut di utusan malaysia online.

Saya ingin mengulas sikap pemandu kenderaan di Malaysia lebih-lebih lagi dalam kejadian seperti ini. Majoriti ingin cepat sampai ke destinasi tanpa memikirkan nasib mereka-mereka yang terlibat dalam kemalangan. Laluan motorsikal sepatutnya hanya digunakan olej penunggang motorsikal SAHAJA. Ia juga sebagai laluan kecemasan sekiranya berlaku kejadian seperti ini.

Ambulans, bomba, lori tarik dan polis perlu sampai segera ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa dan meredakan kesesakan lalu lintas. Permasalahannya bila kenderaan lain memenuhi laluan motorsikal atas sikap pentingkan diri sendiri menyebabkan usaha menyelamat dan lain-lain terbantut. Maka kesannya ramai yang tidak sempat diselamatkan dan pada masa yang sama menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berjam-jam.

Saya menyeru semua pengguna jalan raya membuang sikap pentingkan diri sendiri bagi mengelakkan situasi ini terus berulang.

No comments: