Thursday, September 2, 2010

Wahai Diri..Dengar dan Turutilah Kata2 Ku Ini.

Salam 10 Hari Terakhir Ramadhan dan Salam Ukhuwah...Entri kali ini saya kongsikan dengan rakan - rakan pelawat yang saya hargai. Entri kali ini berkenaan dengan IKRAR DIRI yang saya perolehi semasa mengikuti suatu kursus Team Building di Ayer Keroh, Melaka. Ikrar ini benar - benar menyentuh hati saya apabila acap kali membacanya. Diharap ia dapat menjadi renungan yang bermanfaat kepada kita semua. Amin. 


AKU BERNAMA..................................................................
DIBINKAN DENGAN NAMA BAPAKU
DIKAPANKAN DENGAN NAMA IBUKU
DIHIDUPKAN OLEH ALLAH TUHANKU

AKU BERJALAN DI BUMI TUHAN, MENCARI KEREDHAANNYA
AKU BERGERAK DENGAN KUDRATNYA
AKU BERNAFAS DENGAN IRADATNYA

MATAKU BUKAN MILIKKU
TELINGAKU BUKAN MILIKKU
HIDUNGKU BUKAN MILIKKU
TANGAN DAN KAKI INI BUKAN MILIKKU
JANTUNG DAN PARU-PARU INI JUGA BUKAN MILIKKU

DAN SEBENARNYA
TUBUHKU DAN SEGALANYA MILIK TUHANKU

TETAPI,
JIWA INI ADALAH AKU, DIRI INI ADALAH AKU, AKU ADALAH AKU

AKU YANG DIAMANAHKAN MENJAGA TUBUH DAN DIRI INI
AKU YANG DIPERINTAHKAN MEMELIHARA BUMI INI
AKU YANG DITUNTUT BERBUAT BAIK SESAMA MAKHLUKNYA

SEJARAH MENCATATKAN
MEREKA YANG GAGAL MEMELIHARA AMANAH TUHANNYA DAN MEROSAKKAN DIRINYA
NERAKALAH TEMPATNYA
SESUNGGUHNYA
MANAKAN AKU SANGGUP MENAHAN SIKSA NERAKAMU

AKU MESTI BERJAYA
AKU MESTI GAGAH
AKU MESTI KE SYURGA

AKU BERJANJI AKAN MENJAGA TUBUH INI
AKU BERJANJI AKAN MEMELIHARA DIRI INI
AKU BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKU AGAMAKU, MARUAHKU, HAKKU DAN BANGSAKU

AKULAH WIRA, AKULAH PAHLAWAN, AKULAH SATRIA NUSA DAN BANGSA

AKU BERJANJI KEPADA AKALKU
AKU BERJANJI KEPADA IMANKU
AKU BERJANJI KEPADA ANGGOTA TUBUH DIRIKU
DAN HAKIKATNYA
AKU BERJANJI KEPADA ALLAH TUHANKU
ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR

(WAHAI DIRI, MULAI SAAT INI AKU MENGHARAMKAN KAMU MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN DAN PERILAKU MEROSAKKAN YANG MEMBAWA KEPADA KEMURKAAN ALLAH)

Tuesday, August 24, 2010

Selangkah ke Kaherah (Cairo)...(=

Bertolak dari Segamat, Johor jam 1730 menaiki bas bersama jemaah lain. Perjalanan selama 4 jam ke KLIA tidaklah memenatkan sangat kerana sudah biasa pulang ke kampung dari KL ke Segamat. Tiba di KLIA jam 2130, terus ke aras 5 untuk urusan penyimpanan bagasi dan boarding pass. Semua urusan dari kaunter bagasi, kaunter imigrisen hingga balai pelepasan memakan masa hampir beberapa jam. Dapat sahaja boarding pass, rasa tak percaya yang saya akan ke Kaherah (Cairo). Ya Allah, aku bersyukur ke hadrat Mu atas kurniaan Engkau yang amat besar nilainya bagiku. (Ucap syukur saya ketika mula melangkah masuk ke pesawat).

Boarding Pass Ku

Ini LRT tau...tapi kat KLIA lah

Pesawat yang saya naiki adalah dari syarikat Egypt Air. Kami berlepas tepat jam 0125, awal 5 minit. (Biasanya pesawat Malaysia berlepas lewat sedikit dari masa ditetapkan). Walaubagaimanapun, bagi yang biasa naik kapal terbang MAS atau AirAsia, layanan pramugari kita sangat terbaik berbanding layanan pramugari pesawat Egypt Air. Tiada senyuman, agak kasar dan sudah tentu tak faham Bahasa Melayu (^_^). Perjalanan selama 10 jam benar2 memenatkan. Mana tidak, duduk dalam bilik kuliah atau kelas yang berhawa dingin selama 3 jam pun sudah cukup meletihkan.

Jgn men2 ngn saya...(kata pramugara tu..huhu)

Kami tiba di Kaherah jam 0600 (1100 waktu tempatan). Pemandangan Airport Kaherah dipenuhi padang pasir yang luas, sangat berbeza dengan Airport di Malaysia yang dipenuhi rumput hijau. Persekitarannya sangat berbeza. (Subhanallah, cetus hati saya). Setelah selesai semua urusan di Airport, kami bergegas ke bas untuk ke hotel. Situasi yang melucukan berlaku bila kami nak naik bas. Ramai jemaah yang pergi ke sebelah kiri bas untuk naik sedangkan pintunya di sebelah kanan.

Baca yg tulisan Arab k...
Tol Airport Cairo...tapi highway xde tol...terbalik plak ngn Malaysia...:)

Dalam perjalanan ke hotel, kami dapat lihat perbezaan yang ketara dengan negara kita dari segi jalanraya, rumah, ragam manusia, dll. Kebetulan, kami melewati sungai yang sangat terkenal ataupun sangat masyhur di serata dunia di mana sungai ini tidak pernah kering serta menjadi sumber air utama bagi hidupan di sekitarnya. (Subhanallah) Itulah Sungai Nil, sungai yang menjadi rebutan di sana pada hari ini. Kami tiba di hotel dan merehatkan diri kerana akan melawat ke tempat2 yang perlu dilawati atau diziarahi pada jam 0900.

Sape nak giant kaktus...?
Bak kata tour guide, "rumah cam stinggan, dlm kondo"...:D
Highway tanpa tol...terbaik!!!
Tgk Sungai Nil k...bukan org yg posing tu...:)
Sungai Nil dari dekat...Allahuakbar!!!
Sape nak tmph...mari2...
Selambe jek x tutup...kat Malaysia kne saman nie...:)

Nantikan sambungan kisah perjalanan saya yang bertambah menarik dan menakjubkan di Kaherah (“,). Antaranya 3 Piramaid firaun serta spinx, Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi serta Masjid Mohamed Ali, makam serta Masjid Imam Syafii , Masjid Saidina Hussein dan Masjid ‘Amru bin ‘Asr. InsyaAllah, Wassalam.

Sunday, August 22, 2010

Demam: Musibah/Peringatan

Assalamualaikum dan salam ukhuwah...ini entri kedua dan terakhir dari blog saya yang lama...Teruskan membaca...(=

Hari Ahad,21 Feb 2010. Pagi tu pergi beriadah dengan famili. Balik jam 9.30 pagi terus ngadap laptop. Tetiba badan rasa nak demam. Tengok famili semua dah selamat dah...(tido le maknanyer..^^). Buat kopi radix 2 sachet, nak bagi reda panas. Pastu terus join famili...(tido gak..Z_Z). Bila bangun jek nak solat zuhur, badan cam nak tumbang. Sah dah demam+panas. Petang kol 3.30 pm follow mak dan adik2 gi tangkap gamabar pasport. Masa menunggu nak amek gambar, kepala dah x tertahan sakit. Waktu ni la mula terpikir...

Kenapa aku demam? Apa sebab Allah datangkan penyakit ini di saat ini? Apa agaknya dosa yang dah aku lakukan tadi, semalam, kelmarin, atau sebelum ini?

Kemudian satu demi satu gambaran apa yang dilakukan sepanjang 2 minggu sebelum ini. Terlalu banyak perkara yang dilakukan hingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Masa rehat tidak dimanfaatkan. Masa tidur dikurangkan dengan diisi perkara yang tak berfaedah. Masa bersama dengan Maha Berkuasa juga semakin kecil...

Ternyata demam yang dirasai kali ini adalah satu lagi peringatan dariNya. InsyaAllah apa yang dirasai ini menjadi pengajaran yang berterusan pada diri. Moga jadi iktibar buat diri dan kengkawan lain...Amin

Pertemuan Semula Selepas 1 Dekad

Assalamualaikum dan salam ukhuwah...entri ini saya ambil dari blog saya yang lama kerana blog tersebut sudah tidak aktif lagi. Jadi, teruskan membaca...(^_^)v


Alhamdulillah. Pada 15 hingga 17 Febuari yang lalu, satu reunion kengkawan sekolah rendah telah berjaya dilaksanakan di Perak. Reunion nie dibuat untuk bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 2, Lumut, Perak batch 95-2000 yang telah 10 tahun meninggalkan sekolah tersebut. Reunion ini merupakan reunion rasmi pertama bagi kami. Walaubagaimanapun still ada antara kami yang telah mengadakan reunion x rasmi sebelum nie tapi tidaklah sampai bermalam.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Aktiviti utama sempena reunion pertama nie adalah MAKAN. Kemana saja pergi, mesti makan. Berat badan masing2 kompem bertambah lepas reunion nie...Hiihihi...Aktiviti lain yang dijalankan termasuklah main boling di Pernama (x dapat join coz masa tu still dalam perjalanan lagi dari KL...huuu...), "menjamu selera" di Restoran SeaFood (sorang rm20...agak terkejut gak ah...^^), berkelah di air terjun batu hampar (kembung perut makan banyak kat situ...huhu...), lepak-lepak kat Lumut dan lain-lain lagi...


Akhir kata, hopefully reunion rasmi kali ke-2 yang insyaAllah bakal dilaksanakan tahun depan akan lebih terancang dan dapat disertai lebih ramai lagi kengkawan sebatch...

Amin...(^_^)

Saturday, August 21, 2010

14 Hari:Indahnya CiptaanMu Ya Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam ukhuwah...

Alhamdulillah, diberi oleh Allah peluang yang tidak terhitung nilainya kepada saya apabila dapat menunaikan umrah dan ziarah bersama ibu dan ayah serta adik beradik pada 1 Jun 2010 hingga 14 Jun 2010 yang lalu. Di sini, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian pengalaman - pengalaman yang telah saya lalui sepanjang berada di sana. Destinasi kami untuk umrah dan ziarah ini adalah ke Kaherah (Cairo), Madinah Almunawwarah, Makkah Almukarramah dan Jeddah.



Alhamdulillah, selesai umrah wajib.
Rasa sedih kerana selesai sudah tawaf wida'.



Saya berpeluang menziarahi banyak tempat-tempat yang seharusnya dikunjungi apabila sampai ke sana.  Antaranya Makam Imam Syafii, Madrasah/Universiti Al-Azhar, Sungai Nil, Kubu Salahuddin Al-Ayyubi dan  Piramid di Kaherah; Masjid Nabawi, Makam Nabi Muhammad saw, Perkuburan Baqi', Masjid Quba', Masjid Qiblatain dan Jabal Uhud di Madinah; Masjidil Haram, Hudaibiah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan ladang unta di Makkah serta Masjid Terapung di Jeddah.


InsyaAllah, saya akan menceritakan pula pengalaman - pengalaman serta sentuhan perasaan yang saya alami sepanjang berada di sana mengikut tempat yang saya ziarahi pada entri yang berikutnya.

Thursday, August 19, 2010

Berbuka Sepertimana Berbukanya Nabi Kita

     Assalamualaikum dan salam ukhuwah.

    Sempena bulan yang mulia ini iaitu bulan ramadhan. Difardhukan ke atas umat nabi Muhammad saw agar berpuasa. Semestinya amalan berpuasa ini akan dituruti dengan berbuka. Bagaimanakah cara yang sepatutnya kita berbuka?

    Saya berkesempatan ke bazar ramadhan tempoh hari. Suasana sungguh meriah. Pelbagai juadah tersedia hingga rambang mata dibuatnya. Seringkali kita lihat ragam saudara - saudara kita yang "menapau" juadah - juadah berbuka dengan sakannya. Tidak dinafikan ada yang membeli untuk dikongsi beramai - ramai. Namun, ada juga yang membeli untuk diri sendiri. Maka apabila berbuka, lebih banyak kerugian dari keberkatan diperoleh oleh kerana juadah terbuang begitu sahaja.

    Menurut seorang ustaz di kampung saya di dalam tazkirahnya ada menceritakan bagaimana Rasulullah berbuka. Baginda hanya memakan beberapa biji tamar ataupun dikenali sebagai kurma dan segelas air. Itu sudah cukup membuatkan kita hilang rasa lapar dan dahaga dan mampu untuk mengerjakan ibadah pada malam harinya. Tambahnya lagi, kita disarankan berbuka dengan kadar segera yakni berbuka sebaik sahaja berkumandang azan maghrib dan pada masa yang sama haruslah kita segerakan solat maghrib. Ini kerana tempoh masa waktu maghrib adalah sangat singkat. Jika kita berlebih - lebihan makan semasa berbuka, dikhuatiri kita akan lewat solat maghrib atau solat di akhir waktu. Sesungguhnya amalan berlebih - lebihan ini harus dielakkan agar kita beroleh keberkatan ramadhan yang amat besar nilainya.

    InsyaAllah...Sekian.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Bulan Mulia

Assalamualaikum dan salam ukhuwah.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Di kesempatan ini, saya menyusun jari memohon seribu kemaafan dari semua yang mengenali agar amalan sepanjang bulan yang mulia ini diberkati dan diredhai Allah swt.

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana semua umat Islam diwajibkan berpuasa. Sebagaimana yang kita maklum, puasa bermakna menahan lapar dan dahaga SERTA menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa. Selain itu, bulan Ramadhan juga adalah bulan di mana diturunkan Al-Quran kepada nabi kita Muhammad saw. Maka, perbanyakkanlah amalan membaca kitab suci Al-Quran di bulan ini agar kita beroleh manfaat.

Akhir kalam, salam perkenalan dan sama-samalah kita perbanyakkan amalan di bulan ini disamping menjalankan ibadah puasa yang menurut syarak agar kita tergolong di dalam golongan orang-orang yang bertakwa.

Amin.